PERASAAN SAYA PERTAMA KALI MEMULAKAN BLOG
Perasaan saya gembira apabila Cikgu Siti menyuruh kami membuat akaun gmail.com. Saya merasa gembira kerana ini kali pertama saya membuat akaun gmail.com. Kemudian kami disuruh membuat Blogger.com.Kami dapat mengunakan handphone kami untuk kali pertama.
Cikgu Siti menyuruh kami mengunakan handphone kami kerana kami harus mengatar text massage untuk gmail.
Kami dapat edit kawan-kawan kami ke blogger kami.
Sunday, October 7, 2012
Sunday, February 12, 2012
Cenderawasih
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan
Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang
Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan
Subscribe to:
Posts (Atom)