Thursday, August 26, 2010

Budaya melayu


Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Cara membuat congkak

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Ketupat

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Topik bebas

Karangan bebas

Mi rebus adalah makanan kegemaran saya sejak dari dahulu lagi. Saya suka makan mi rebus kerana kuahnya pekat dan rasa masam-masam bila saya perah limau kasturi, dan tahunya garing, dan enak rasanya. Saya suka makan bila bapa saya masak. Saya tidak jemu menikmati masakan bapa saya itu.

Wednesday, August 25, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI DUA

Pantun Hari Kebangsaan
Hari kita hari bahagia,

Hari untuk semua bergembira,

Hari kebangsaan hari mulia,

Hari untuk semua bermesra.

Wednesday, August 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI SATU

Pantun hari guru
Jambatan panjang di Batang Rajang,

Sungainya banyak udang dan ikan;

Kepada Pendidik di Bumi Kenyalang,

Selamat Hari Guru saya ucapkan



Karangan Hari Guru
Cikgu Fiza ialah guru tersayangan saya dari sekolah rendah Guangyang. Saya membuatnya sebagai guru tersayangan saya kerana dia seorang guru yang baik.Dia sudah mengajar saya sejak saya masuk ke sekolah itu. Saya akan menghadiahkan sekumtum mawar merah untuk guru tersayang saya .